I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 23 Mei 2011

permulaan hari

Hari ini kumulakan hijrah
setelah semalam tidak lagi cerah:
hanya langit merah
dan sedikit pancaran suria memecah
jingga yang kusangkakan indah.
Perlahan-lahan aku
melangkaui jalur hitam sejarah
mencari antidot luka bernanah
pada tiap pelusuk daerah
masih...
masih lagi aku hampa tak sudah.
Sesekali bayu berpuput lembut
mendinginkan peluh yang mencurah
lalu aku terduduk
meneguk sisa tenaga tak lagi terkerah,
menanam frasa "sejarah tidak akan berubah"
sebelum mengatur semula langkah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan