Biru Dan Hijau

Isnin, 18 Julai 2011

Bahasa Melayu Kuno

ok hari ni arip nak ceritakan tentang bahasa melayu kuno yang berkembang di nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13.
  • pada awalnya bahasa melayu purba tidak memiliki tulisan dan hanya wujud dalam bentok lisan.Pengaruh budaya hindu,bahasa melayu purba akhirnya memperolehi aksara untuk disampaikan dalam bentok tulisan.
  • kemasukan budaya hindu ke Alam melayu melalui para perdagang dan penyebar agama hindu yang singgah di nusantara sejak abad pertama masihi lagi.
  • melalui pengaruh budaya hindu,bahasa melayu mengalami evolusi  yang pertama.Mengalami perubahan  pertama kearah bahasa sarjana yang berupaya menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi.
  • dengan itu wujud tulisan palava,nagiri dan kawi yang mengevolusikan bahasa melayu purba menjadi bahasa melayu kuno.
  • bahasa melayu kuno memainkan peranan penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan sriwijaya.
  • zaman bahasa melayu kuno berakhir pada abad ke-13 apabila kerajaan majapahit yang berpusat di jawa didirikan pada akhir tahun 1293.
Malah,bahasa melayu kuno terus kekal berperanan sebagai bahasa perantaraan mengatasi bahasa jawa kuno kerana  bahasa melayu kuno:
  1. bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
  2. tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat
  3. mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa jawa kuno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan