Bahasa Melayu Kuno
ok hari ni arip nak ceritakan tentang bahasa melayu kuno yang berkembang di nusantara antara abad ke-7 hingga abad ke-13.
- pada awalnya bahasa melayu purba tidak memiliki tulisan dan hanya wujud dalam bentok lisan.Pengaruh budaya hindu,bahasa melayu purba akhirnya memperolehi aksara untuk disampaikan dalam bentok tulisan.
- kemasukan budaya hindu ke Alam melayu melalui para perdagang dan penyebar agama hindu yang singgah di nusantara sejak abad pertama masihi lagi.
- melalui pengaruh budaya hindu,bahasa melayu mengalami evolusi yang pertama.Mengalami perubahan pertama kearah bahasa sarjana yang berupaya menyampaikan idea-idea baharu yang tinggi.
- dengan itu wujud tulisan palava,nagiri dan kawi yang mengevolusikan bahasa melayu purba menjadi bahasa melayu kuno.
- bahasa melayu kuno memainkan peranan penting dan berkembang pesat pada zaman kerajaan sriwijaya.
- zaman bahasa melayu kuno berakhir pada abad ke-13 apabila kerajaan majapahit yang berpusat di jawa didirikan pada akhir tahun 1293.
Malah,bahasa melayu kuno terus kekal berperanan sebagai bahasa perantaraan mengatasi bahasa jawa kuno kerana bahasa melayu kuno:
- bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
- tidak terikat oleh perbezaan susun lapis masyarakat
- mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa jawa kuno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan