I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 29 April 2011

warna kerinduan

Kitakah yang tertewas
pada warna kerinduan
menatap sepi kelam senja
ketika lambaian mentari merah
mengucap salam perpisahan
nanti esok bertemu kembali
membicara rasa luka
melepaskan benak terpendam
pada lingkaran waktu


Kitakah sang pengutip
serpihan warna cinta
bertaburan dari sebuah epilog
impian semalam
ketanduasan kasih sejati
merentangi gurun perasaan
kemarau tanpa di airi
hujan ketabahan.

Selasa, 26 April 2011

Novel kesukaan ku..^_^..

Dua kisah kehidupan. Dua kisah percintaan yang berbeza. Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka merana. Kerana cinta mereka bersengsara.

CINTA - Seorang gadis yang kematian ibu bapa. Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya. Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu. Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya,sepupunya. Lidya mula membuat racangan bagi memisahkan mereka. Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Hazriq namun apabila Hazriq sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah. Kerana kecewa,dia akhirnya membawa diri...

HAIRI - Cintanya terhadap Salina tiada bandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya. Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang di sayangi. Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah. Namun, di sebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam. Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya, dia sekali lagi membawa diri...

Dua kisah menjadi satu. Kerana cinta mereka dipertemukan. Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan. Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta. Ditambah lagi dengan sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat. Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA C.I.N.T.A

Jumaat, 22 April 2011

Selamat Menempuhi Peperiksaan...^_^..

Harinye telah tiba dimana kita semua akan lalui peperiksaan,setelah selama 3bulan berada disini,setelah pelajari pelbagai pelajaran yang baru disini.....semoga kalian semua dapat menjawab peperiksaan ini dgn tenang....insyallah.....^_^...

Khamis, 21 April 2011

Semoga Tahun Ini Lebih baik.....

itu yg kita harapkan dalam hidup..semoga hidup awk bahagia sentiasa.....:-)